ANDREA DOVIZIOSO MENDAPAT KEMENANGAN MENAKJUBKAN DI GP AUSTRIA YANG MEMBERI DUCATI KEMENANGAN KE-50 MEREKA.

Pada GP Austria hujung minggu, Andrea Dovizioso mencapai suatu kemenangan hebat dengan mendapat tempat pertama. Selain daripada itu, pencapaiannya memberi kemenangan ke-50 untuk Ducati. Kemenangan ini turut menandakan kemenangan kelima berturut-turut di litar Spielberg sejak 2016.

Andrea Dovizioso mula pada kedudukan empat di grid dan beberapa pusingan kemudian, pelumba Ducati ini berada di kedudukan kedua. Namun, perlumbaan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana terdapat kemalangan. Sebaik sahaja perlumbaan bersambung Andrea mula dari barisan depan oleh kerana dia berada di kedudukan pole semasa bendera merah dinaikkan. Jack Miller (Pramac Racing Team) pada ketika itu mendahului perlumbaan manakala pada pusingan 11, Andrea memutuskan untuk menyerang dan berjaya memimpin sehingga garis penamat.

Ini adalah kemenangan ketiga untuk Andrea di Red Bull Ring. Dengan kemenangan ini, Andrea naik ke kedua dalam kedudukan keseluruhan.

Rakan sepasukan pula, Danilo Petrucci mula di tiga belas atas grid dan selesai dalam kedudukan ketujuh. Dia kini menduduki tempat kesebelas dalam kedudukan keseluruhan.

Bagi Ducati, mereka kini berada di tangga kedua dalam kedudukan pengeluar. Pasukan Ducati, sebaliknya, berada di kedudukan ketiga untuk kedudukan pasukan.

Related Post

TREN:

Hafizh Syahrin in swift recovery after a horrific crash in Austria

ANDREA DOVIZIOSO (#04 DUCATI TEAM) – PERTAMA

“Ini adalah perlumbaan yang sangat aneh memandangkan gangguan itu disebabkan oleh kemalangan teruk antara Zarco dan Morbidelli. Hari ini perasaan saya dengan motosikal tidak begitu baik; tetapi di beberapa kawasan, saya rasa kuat. Hujung minggu bermula dengan baik, tetapi saya tidak pasti sama ada kami dapat memenangi perlumbaan: kami berjaya menjadi kompetitif dengan segera, dan saya mendapat sensasi yang baik, tetapi kami masih kekurangan sesuatu berbanding tahun-tahun sebelum. Trek ini sesuai dengan ciri-ciri motosikal GP Desmosedici kami, tetapi kami masih perlu berusaha untuk melangkah lebih jauh dan meletakkan diri dalam kedudukan untuk memperjuangkan kemenangan dalam semua perlumbaan yang akan datang.”

DANILO PETRUCCI (#9 DUCATI TEAM) – KETUJUH

“Bermula dari belakang, saya tahu bahawa hari ini akan menjadi perlumbaan yang sukar; dan dalam kekeliruan pusingan pertama, saya kehilangan beberapa kedudukan. Malangnya, saya tidak rasa selesa: Saya masih menghadapi masalah dengan pengereman, dan saya tidak menunggang seperti yang saya mahukan. Hari ini dalam perlumbaan, saya mempunyai kelajuan baik, tetapi pasukan depan terlalu jauh untuk mengejar. Kami membawa pulang mata penting untuk kejuaraan, tetapi untuk perlumbaan seterusnya ia adalah penting untuk membuat kelayakan yang baik untuk dapat terus bersama pelumba di peringkat awal dari awal.”

LUIGI DALL’IGNA (PENGURUS BESAR DUCATI CORSE)

“Setelah permulaan yang sukar untuk musim ini, kemenangan ini sangat penting. Ini adalah perlumbaan pelik kerana gangguan itu. Dovi telah terbukti kuat dan jentera kami berdaya saing. Setelah perlumbaan sambung semula, keadaan di trek berubah, tetapi kami mengesahkan semula beberapa aspek dan menukar tayar depan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dovi dan seluruh pasukan untuk kerja mereka pada hujung minggu ini. Saya harap kami dapat menjadi begitu kompetitif dalam perlumbaan seterusnya hingga akhir musim.”

Sumber: Ducati

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah