Categories: Berita

GPX Legend 250 Twin II kini tersedia dalam skema warna baharu

GPX LEGEND 250 TWIN II KINI DIDATANGKAN DALAM FOREST GREEN PADA HARGA RM13,888.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

GPX Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan GPX Legend 250 Twin II 2023 yang dikemas kini dengan skema warna baharu.

Untuk tahun 2023, Legend 250 Twin II ini kini hadir dengan pilihan warna Forest Green. Warna ini menyertai pilihan warna Kelabu dan Hitam semasa. Model 2023 ini boleh didapati pada harga RM13,888.

Untuk rekod, GPX Legend 250 Twin II telah pun memasuki pasaran tempatan pada Ogos tahun lalu menerusi pengedar rasmi, GPX Malaysia.

Related Post

Jenama motosikal Thailand itu secara rasminya memperkenalkan GPX Legend 250 Twin II di pasaran negara itu pada September 2020. Bagaimanapun, disebabkan faktor logistik dan Covid-19, model itu lewat diperkenalkan di sini.

GPX Legend 250 Twin II menampilkan enjin dua silinder 234cc dengan suntikan bahan api (GPX FI). Ia mampu menghasilkan sekitar 19hp dan 15Nm pada 6,500rpm.

Walaupun bergaya retro, GPX Legend 250 Twin II masih dilengkapi dengan ciri-ciri moden termasuk cakera brek berkembar 276mm di hadapan dan cakera brek tunggal 220mm di belakang. Sistem brek didatangkan dengan kaliper brek depan 4-pot dan 1-pot belakang.

Selain itu, peralatan suspensi hadir melalui fork USD depan dan penyerap hentakan berkembar belakang daripada YSS.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah