Categories: Berita

Polis Abu Dhabi mempunyai senjata baru!

POLIS ABU DHABI MEMPEROLEH LAPAN DUCATI PANIGALE V4 R BARU UNTUK MERONDA DAN MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG DI JALAN RAYA UNITED ARAB EMIRATES.

Jabatan polis Abu Dhabi mempunyai senjata baru!

Polis Abu Dhabi dikenali sebagai jabatan yang dilengkapi dengan kereta hebat. Mercedes-Benz Amg GT, Nissan GTR, Lykan Hypersport adalah antara beberapa supercar yang mereka guna.

Namun pasukan mereka bukan sahaja mengenai empat roda. Sebaliknya, kenderaan yang paling berharga mereka adalah motosikal. Mereka sudah mempunyai Kawasaki Ninja H2 untuk mengejar kereta terpantas. Tetapi kini, polis Abu Dhabi mendapat lapan Ducati Panigale V4 R.

Related Post

Ini merupakan versi paling eksotik Panigale V4 dalam pengeluaran sekarang. Dengan 221 hp, V4 R akan terbukti menjadi perlawanan kepada sesiapa sahaja yang cuba melepasi had laju di Abu Dhabi.

Motosikal-motosikal ini jelas diubahsuai untuk tugas rondaan dan mereka senang untuk dikenal pasti.

Sekiranya Polis Abu Dhabi dianggap sebagai yang terbaik di dunia sebelum ini, sekarang mereka pasti berada di tahap yang berbeza!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah