Categories: BeritaSukan Motor

DHL melanjutkan penajaan pasukan enduro KTM bagi tiga tahun lagi

DHL AND KTM TELAH MENJADI RAKAN KONGSI HEBAT SEJAK 2008.

KTM Motorsport (KTM Factory Racing) baru sahaja mengumumkan mereka akan melanjutkan perjanjian penajaan dengan syarikat logistik terkenal DHL dan DHL Express Austria GmbH. Kedua-dua ini telah menandatangani kontrak tiga tahun baru di ibu pejabat KTM Motosport di Munderfing, Austria. DHL akan bekerjasama dengan pasukan enduro Red Bull KTM melalui tahun 2020, 2021 dan 2022.

Kedua-duanya telah bekerja dengan rapat sejak perjanjian asal ditandatangani pada 2008. DHL Express telah menyediakan kurier yang inovatif dan tepat pada masanya dan penyelesaian kepada pasukan KTM Factory Racing Enduro.

Pasukan enduro Red Bull KTM Factory dengan sokongan DHL Express akan berlumba pada 7 Disember. Pasukan ini akan menyertai pusingan pembukaan FIM SuperEnduro World Championship di Krakow, Poland.

Related Post

Pit Beirer, Pengarah KTM Motorsport telah menyatakan kegembiraannya dengan sokongan berterusan DHL dengan KTM.

“Kami amat bangga syarikat logistik terunggul masih percaya dalam KTM, pelumba dan program lumba enduro kami. Dengan perkongsian lebih daripada 10 yang sangat berjaya, kami fokus dengan sepenuhnya terhadap dekad kedua bersama DHL.”

Ralf Schweighöfer, Pengarah Urusan DHL Express Austria GmbH juga memberi kenyataannya.

“Kami di DHL Express bangga kerana dapat melanjutkan kejayaan bertahunan kami dengan penajaan KTM Ag semasa. Ini akan berlangsung untuk tiga tahun seterusnya. KTM dan DHL adalah dua jenama antaranbangsa yang memberi tumpuan utama kepada pelanggan serta kualiti yang sangat tinggi. Apa yang menyatukan kami adalah semangat kami untuk menjadi lebih baik setiap hari dan keinginan untuk berhubung dengan orang. Dengan menyokong KTM dari segi logistik, kami memastikan mereka sentiasa nombor satu semasa di litar lumba. Ini membawa kegembiraan kepada peminat motorsport seluruh dunia.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan