Categories: Berita

Yamaha YZF-R25 dan MT-25 kini tersedia dalam warna baharu

YAMAHA YZF-R25 DAN MT-25 BARU BARU DIDATANGKAN DENGAN TANDA HARGA BARU RM22,998.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

HLYM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yamaha YZF-R25 kini didatangkan dalam warna ‘Orange Lynx’ dan ‘Racing Blue’ manakala MT-25 kini boleh didapati dalam dua warna baharu, ‘Cyan Storm’ dan ‘Icon Blue’.

Selain daripada pilihan warna baharu, Yamaha R25 2022 telah menerima peningkatan dengan dwi-saluran ABS dan isyarat membelok LED.

Related Post

Menurut HLYM, kedua-dua model ini didatangkan dengan tanda harga baharu RM22,998 berbanding RM19,998 (R25) dan RM21,500 (MT-25) sebelum ini.

Yamaha R25 dan MT-25 dikuasakan oleh enjin DOHC 8 injap kembar selari 249cc yang menghasilkan 35.6hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah