Categories: Berita

HLYM menampilkan Yamaha Tracer 9 GT – RM69,498

YAMAHA TRACER 9 GT BAHARU 2021 MENAMPILKAN ANJAKAN ENJIN YANG LEBIH BESAR PADA 890CC DENGAN PENINGKATAN KUASA SEHINGGA 4HP.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya mengumumkan harga rasmi Yamaha Tracer 9 GT iaitu, RM69,498. Berita ini datang selepas pendedahan harga Yamaha MT-09 2021 minggu lalu.

Model 2021 ini menampilkan anjakan enjin yang lebih besar pada 890cc dengan peningkatan kuasa sehingga 4hp.

Model baharu itu kini menawarkan 117hp hasil daripada Yamaha meningkatkan lejang enjin CP3 kepada 3mm sambil menyaksikan pertambahan anjakan enjin sebanyak 43cc.

Yamaha berjaya menghasilkan enjin yang lebih ringan walaupun mempunyai kapasiti yang lebih besar dengan kuasa yang lebih tinggi.

Related Post

Selain enjin 890cc yang kini Euro 5, Yamaha turut mengemas kini casis Tracer 9 GT dengan kerangka aluminium die-cast Deltabox yang kini 2 kilogram lebih ringan daripada model sebelum.

Menyumbang kepada kerangka baharu ialah bahagian swingarm yang direka bentuk semula yang kini 60mm lebih panjang daripada swingarm MT-09 untuk menawarkan tunggangan yang lebih stabil.

Selain itu, Tracer 9 GT ini turut hadir dengan sistem kawalan IMU 6 paksi dari R1 seperti yang terdapat pada MT-09 2021.

Sistem IMU ini mengawal kawalan cengkaman, kawalan slide, kawalan wheelie dan kawalan brek termasuk ABS (sistem brek anti-kunci).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah