Categories: Berita

Kawasaki Ninja H2R memenangi perlumbaan drag epik!

Dalam dunia ini terdapat pelbagai perlumbaan tetapi perlumbaan drag adalah satu acara yang amat mengujakan. Biasanya, ukuran asas untuk jarak perlumbaan adalah setengah kilometer dan perlumbaan drag ini selalu mempunyai pelbagai kereta unik yang juga terdiri daripada kelas yang berlainan.

Tetapi apakah yang akan berlaku apabila tiada had jarak yang ditetapkan bagi perlumbaan ini?

Jangan risau, soalan kami pun telah dijawab!

Di Timur Tenggah, semasa Teknofest, sebuah syarikat telah bercadang untuk mengaturkan suatu perlumbaan drag yang epik antara sebuah motosikal, empat kereta unik,  jet peribadi dan…….fighter jet!

Related Post

Perlumbaan ini terdiri daripada, Kawasaki Ninja H2R, Tesla Model S yang telah diubahsuai, Lotus Evora GT430, Aston Martin Vantage, kereta Formula One dan dua buah jet seperti yang dikata tadi.

Pemenang perlumbaan epik ini adalah Kenan Sofuoglu, juara 5 kali Supersport World Championship yang menunggang Kawasaki Ninja H2R dengan melintas garis penamat dalam 9.43 saat.

Kami harap pada masa depan, mereka bolehlah menambah sebuah bot, skuter, kapal angkasa dan Usain Bolt untuk mengalahkan perlumbaan drag sebelum ini.

Anda boleh menonton video perlumbaan epik drag di sini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah