Categories: Berita

BSH secara rasmi melancar Honda Wave Alpha baharu pada RM5,179

HONDA WAVE ALPHA MAMPU MENJANA 8.7HP DAN 8.67 NM DAN IA DIDATANGKAN DALAM TIGA WARNA BERBEZA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan Honda Wave Alpha baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM5,179.

Menurut BSH, pengeluar telah mengemas kini Honda Wave Alpha baharu untuk 2023. Ini termasuk perubahan pada bahagian enjin 110cc yang kini memenuhi piawaian pelepasan Euro4 dan dilengkapi dengan teknologi “Programmed Fuel Injection”.

Enjin itu menghasilkan 8.7hp pada 7,500rpm dan 8.67Nm pada 5,500rpm. Model baharu ini turut didatangkan dengan tangki yang lebih besar iaitu 4.1L. Ini lebih besar daripada 3.7L sebelumnya sambil menyumbang kepada kecekapan bahan api dalam kelasnya.

Related Post

Menurut BSH, model baharu itu turut didatangkan dengan lampu belakang yang telah direka bentuk semula supaya lebih moden dan sporty.

Model baharu ini juga lebih praktikal apabila ruang simpanan di bawah tempat duduk kini lebih besar dengan 7.3L.

Honda Wave Alpha 2023 boleh didapati dalam tiga warna menarik iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah