Categories: Berita

Motosikal elektrik Verge Smooth TS Ultra mencuri tumpuan

VERGE DARI FINLAND TELAH MENARIK PERHATIAN DENGAN TS ULTRA-NYA DENGAN MEMPERKENALKAN TAYAR HUBLESS DAN ANGKA KUASA YANG MENAKJUBKAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal Finland Verge telah melancarkan motosikal elektrik berprestasi tinggi yang dikenali sebagai TS Ultra.

Syarikat itu mendedahkan Verge TS Ultra kepada umum melalui halaman media sosial syarikat itu semalam dan dengan cepat mencuri tumpuan dengan angka kuasa yang mengagumkan dan tayar jenis ‘hubless’. Ini secara tidak langsung meletakkan motosikal Verge sebagai inovasi baharu motosikal elektrik berkuasa tinggi.

Model ini mampu menjana sehingga 201hp dan 1200Nm.

Related Post

Menurut Verge, TS Ultra turut menawarkan jarak gerak tertinggi setakat ini dengan mencatat jarak sejauh 275km dengan setiap cas penuh. Verge juga mendakwa model itu boleh mencapai kelajuan maksimum sekitar 200km/j.

Dengan bantuan sistem pengecasan bateri yang pantas, motosikal ini hanya memerlukan 25 minit untuk dicas sepenuhnya.

Disebabkan ciriciri premiumnya, TS Ultra didatangkan dengan tanda harga tinggi iaitu EUR44,900 (RM210k). Ini meletakkan motosikal elektrik itu setanding dengan jentera ‘flagship’ Ducati termasuk Panigale V4 baharu.

Untuk rekod, terdapat dua varian lain yang tersedia untuk Verge TS pada masa ini. Varian Standard menawarkan 107hp dan 700Nm manakala TS Pro hadir dengan 136hp dan 1,000Nm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah