Categories: Berita

Honda RS-X 2023 tampil dengan skema warna baharu dari RM9,698

HONDA RS-X 2023 DIDATANGKAN DENGAN WARNA BARU LEMON ICE YELLOW, CANDY CARIBBEAN BLUE DAN PILIHAN TRICO YANG TERKINI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Boon Siew Honda baru-baru ini mengemas kini Honda RS-X yang popular untuk 2023 dengan pilihan warna baharu.

Menurut BSH, Honda RS-X kini hadir dengan grafik moden. Warna Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue boleh didapati pada harga RM9,698.

Related Post

Selain itu, Honda mengekalkan pilihan warna Trico untuk tahun 2023. Namun, varian itu kini hadir dengan rim berwarna emas untuk menjadikannya lebih menyerlah. Model ini boleh didapati pada harga RM9,748.

Selain daripada warna, spesifikasi lain kekal sama untuk 2023. Motosikal ini menampilkan enjin 150cc Euro 4 DOHC. Ia mampu menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm. Sistem pembakaran juga lebih cekap dengan sistem PGM-Fi.

Jentera itu juga dilengkapi dengan pemacu rantai tertutup, meter kelajuan digital dan pembuka tempat duduk Honda. Selain itu, RS-X turut dilengkapi ciri keselamatan moden termasuk ABS selain lampu LED penuh.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah