Categories: Berita

Aplikasi paten menunjukkan butiran mengenai Indian FTR1200 street tracker

Walaupun Indian Motorcycles sudah buat kami gembira dengan mengumumkan ketibaan FTR1200, street tracker dari motosikal lumba kilang FTR750 yang digunakan dalam kejohanan American Flat Track. Kami kini mempunyai maklumat baru mengenai versi pengeluaran.

Kami tahu FTR1200 akan menggunakan rangka keluli trellis dan aplikasi patent bukan sahaja mengesahkan itu tetapi juga menunjukkan bahawa dalam rangka tubular Indian baru ini akan mengguna enjin V-kembar yang sedang digunakan oleh Scout cruiser.

Dengan gaya street tracker dan dengan penggunaan sistem ekzos yang tidak menggunakan penyenyap tetapi mengguna sistem yang seiras dengan apa yang ada pada Ducati Monster naked. Para penunggang akan dapati pada motosikal ini, dia akan mendapat posisi menunggang yang lebih tegak tetapi masih berorientasikan gaya perlumbaan. Keselesaan tidak akan menjadi salah satu ciri kuatnya.

Related Post

Roda besar (18 dan 19 inci),penyerap hentak off-center, cakera brek dua di bahagian depan, sebuah tangki bahan api yang tersembunyi di bawah tempat duduk dan skrin LCD digital adalah beberapa butiran street tracker FTR1200 yang kita lihat dalam fail permohonan paten ini.

India FTR1200 baru akan ditunjukkan pada acara motosikal INTERMOT yang akan datang di Cologne, hanya beberapa hari dari sekarang. Jadi pastikan anda kembali ke iMotorbike dan dapatkan semua maklumat tentang ini dan semua model baru yang lain untuk 2019.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah