Categories: Berita

HLYM memperkenalkan warna baru untuk Yamaha MT-09

YAMAHA MT-09 KINI DIDATANGKAN DENGAN DUA PILIHAN WARNA UNTUK 2022 TETAPI HARGA KEKAL PADA RM54,988.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas mengemas kini Yamaha MT-15 dengan tiga warna baharu untuk 2022, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut memperkenalkan dua warna baharu untuk motosikal naked, MT-09.

Untuk 2022, MT-09 kini didatangkan dengan dua pilihan warna baharu, Tech Black dan Cyan Storm, menggantikan warna Icon Blue dan Storm Fluo yang diperkenalkan tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada perubahan lain dilakukan pada bahagian enjin yang masih dikuasakan oleh platform CP3 tiga silinder 890cc yang menawarkan 117.3hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

Related Post

Kuasa enjin kemudiannya disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi 6-kelajuan dengan bantuan quick shifter.

Yamaha MT-09 didatangkan dengan fork depan boleh laras 41mm dan monoshock belakang boleh laras. Ia mempunyai brek kaliper jejari berkembar hadapan dan brek kaliper belakang tunggal.

Sementara itu, di sebalik kenaikan harga MT-15 seperti yang diumumkan baru-baru ini, tanda harga MT-09 kekal pada RM54,998.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah