Categories: Berita

Suzuki akan uji skuter elektrik E-Burgman di Jepun dari April hingga Jun

SKUTER ELEKTRIK SUZUKI E-BURGMAN MENAMPILKAN PEK BATERI TERBARU HONDA YANG BOLEH DITUKAR SELARAS DENGAN GERAKAN KONSORTIUM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kilang Hamamatsu akhirnya memulakan projek skuter elektrik E-Burgman dengan menjalankan beberapa sesi ujian pada bulan April hingga Jun.

Menurut Suzuki, ujian skuter elektrik akan bermula di Suzuki World Setagaya Minami. Ia akan merangkumi kawasan Meguro, Shinagawa, Ota dan Minato di daerah Jonan, Tokyo.

Dari ujian tersebut, Suzuki akan mengumpulkan data penting untuk membantu dalam pembangunan skuter elektrik seterusnya. Syarikat akan menggunakan data tersebut bukan hanya untuk tujuan persendirian tetapi juga komersial.

Ujian jalan akan melibatkan lapan unit Suzuki E-Burgman secara keseluruhan.

Related Post

Menariknya, E-Burgman akan menggunakan pakej bateri boleh tukar yang dibangunkan oleh Honda. Ini sejajar dengan gerakan konsortium bateri boleh tukar oleh Honda dan Yamaha.

Suzuki juga akan memanfaatkan stesen pengecasan Gachaco. Gachaco adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Honda, Kawasaki, Suzuki, dan Yamaha dengan tujuan memudahkan pengguna motosikal dan skuter elektrik untuk mengecas dan menukar bateri dengan mudah.

Stesen pengecasan Gachaco

Untuk rekod, Suzuki E-Burgman boleh bergerak sejauh 44 kilometer setiap cas penuh. Ini menjadikannya sebagai alat pengangkutan yang sesuai, terutamanya di kawasan bandar. Selain itu, dengan hanya 5.4hp dan 18Nm, skuter elektrik juga merupakan cara pengangkutan yang selamat untuk semua peringkat umur.

Selain Jepun, skuter E-Burgman juga boleh didapati di India dan beberapa pasaran Eropah kemudiannya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah