Categories: Berita

Benelli Tornado 402 dilancarkan di China dengan ‘DashCam’ dan ‘Slip-Control’

BENELLI TORNADO 402 ADALAH MOTOSIKAL YANG PALING BERKUASA PENGELUAR

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal Itali Benelli, dengan kilang pembuatannya di China, telah mendedahkan model terbarunya untuk 2023, iaitu Tornado 402R.

Motosikal segmen ‘sportsbike’ adalah model baharu Benelli bagi pasaran global.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Benelli mengeluarkan model ‘sportsbike’ dengan enjin sesaran 400cc. Menurut laporan, platform kembar selari pada 402R adalah serba baharu dan tidak dipinjam daripada barisan model QJ Motor.

Menghasilkan 48hp pada 10,000rpm, Tornado 402R ialah motosikal 400cc paling berkuasa Benelli.

Related Post

Selain daripada enjin serba baharu, Tornado 402R ini didatangkan dengan ciri premium termasuk ‘swingarm satu sisi’, fork USD, kerangka jenis ‘tubular steel’ dan penyerap hentak belakang jenama Marzocchi.

Tornado 402R ini turut menampilkan ‘slip-control’ (traction control) dan ‘dashcam’ yang terletak di antara lampu depan dan cermin depan.

Peralatan brek terdiri daripada kaliper brek Nissin dengan cakera brek depan 300mm dan 250mm belakang. Sistem brek motosikal juga dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS).

Benelli Tornado 402R akan tersedia di China terlebih dahulu dengan harga jualan CNY31,800 (RM20.4k).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah