Categories: Berita

FLUX lancar perkhidmatan langganan motosikal pertama di Malaysia

FLUX MENAWARKAN PELBAGAI MOTOSIKAL DARIPADA MOTOSIKAL ELEKTRIK KE MOTOSIKAL KONVENSIONAL.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

FLUX, sebuah syarikat perkhidmatan langganan kereta di Malaysia kini mengembangkan perkhidmatan sedia ada dengan menawarkan langganan motosikal.

Tawaran terbaru itu menjadikan FLUX sebagai syarikat langganan kenderaan pertama di Malaysia yang menawarkan bukan sahaja kereta tetapi juga motosikal.

Anda boleh melanggan sama ada motosikal elektrik atau enjin pembakaran dalaman untuk tempoh (dari) 24 bulan hingga 60 bulan.

Related Post

Perkhidmatan langganan motosikal ini sangat komprehensif. Pelanggan bukan sahaja menerima motosikal tetapi FLUX juga meliputi insurans, cukai jalan, servis dan penyelenggaraan.

Bukan itu sahaja, malah perkhidmatan langganan turut membuka peluang kepada pelanggan yang melanggan motosikal sedia ada untuk membelinya pada setiap akhir langganan yang telah dibuat.

Menurut syarikat itu, terdapat pelbagai model motosikal yang ditawarkan. Antaranya termasuk Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Vespa dan motosikal elektrik BlueShark R1. Anda boleh melanggan skuter elektrik BlueShark R1 dengan harga serendah RM358 sebulan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah