TRITON BARU AKAN MENGGUNA RANGKA REPLIKA FEATHERBED DAN ENJIN BARU.

Triton bike | Sumber gambar: Ride Apart

Jika anda sedang mencari motosikal yang sesuai dengan citarasa anda, cuba lihat motosikal Triton terkini. Icon Motorcycles mempunyai pelan untuk mereka versi baru Triton dengan rangka replika Norton featherbed dan enjin moden 900cc. Gabungan ini menghasilkan ‘Triton’.

Triton asal bukan motosikal kilang dan telah wujud sejak tahun 60-an. Mereka dibina dengan rangka Norton featerbed dan enjin Triumph Bonneville. Motosikal-motosikal baru akan mengguna formula baru tetapi tidak akan mempunyai nama Triton.

Sumber gambar: Ride Apart

Sumber gambar: Ride Apart

Related Post

Daripada mendapatkan sumber untuk replika Triton, Icon telah memutuskan untuk melakukan semua sendiri. Pembina mendapat reka bentuk asal Norton featherbed dan rangka tersebut akan menjadi buatan tangan. Enjin juga akan dibina secara dalaman. Daripada menggunakan enjin Bonneville, Ikon akan menggunakan enjin silinder kembar  900cc Thruton.

Replika-replika ini dijangka mempunyai kuantiti terhad. Menurut beberapa sumber, Icon ingin menjual motosikal ini tiba July 2020.

Sumber gambar: Ride Apart

Sumber gambar: Ride Apart

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan