Categories: Sukan Motor

MotoGP – Nombor 69 akan bersara dari perlumbaan Grand Prix

Nicky Hayden | Sumber gambar: Circuit Ricardo Tormo

Dorna telah mengumumkan mereka akan membersarakan nombor 69 dari perlumbaan Grand Prix, dalam kenangan pelumba Amerika Nicky Hayden, yang meninggal dunia selepas kemalangan semasa latihan di jalan raya di Misano, pada 2017. Acara ini akan berlaku di GP Amerika yang akan datang, di Texas.

Nombor 69 sering dikaitkan dengan Nicky Hayden sejak permulaannya di flat-track dari umur tiga tahun. The Kentucky Kid, nama yang Hayden selalu dikenali untuk, telah mengekalkan nombor #69 sepanjang kerjayanya sebagai tanda hormat kepada ayahnya Earl Hayden.

Related Post

Kini, penganjur MotoGP telah mengumumkan bahawa nombor 69 tidak akan digunakan oleh sesiapa sahaja di perlumbaan Grand Prix. Keputusan tersebut menyentuh hati Earl Hayden.

“Bagi Nicky ia adalah satu penghormatan yang besar untuk melihat #69 bersara di Austin. Ia sewajarnya dilakukan dalam perlumbaan di Amerika, kerana litar-litar ini banyak memberi makna kepadanya. Bagi saya khususnya, ini adalah satu saat yang sangat penting, kerana saya juga menggunakan nombor 69 dan saya berasa sangat bangga untuk melihat Nicky mengguna nomobor yang sama. Dengan nama keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dorna kerana menghormati Nicky dalam cara istimewa ini “.

GP Amerika di Austin, Texas akan berlangsung pada 12 April hingga 14 April dan MotoGP akan mengadakan satu upacara bagi menandakan saat penting ini apabila nombor ikonik 69 dari Nicky Hayden bersara daripada perlumbaan Grand Prix untuk selama-lamanya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah