Categories: Berita

Royal Enfield memberi kehidupan baru kepada varian Bullet Trials

PENGILANG INDIAN MEMUTUSKAN UNTUK MEREKA SATU VERSI BULLET 500 KLASIK. ROYAL ENFIELD BULLET TRIALS BARU MENGINGATI PENCAPAIAN PENUNGGANG LEGENDA JOHNNY BRITTAIN.

Royal Enfield Bullet Trials 500 | Sumber gambar: Bennetts Insurance

Royal Enfield tidak lagi mendominasi pertandingan Trials seperti dulu. Namun kejayaan terbesar telah dicapai oleh Johnny Brittain yang mendominasi pertandingan Trials selama 15 tahun. Pada ketika itu Brittain mengguna Bullet 350 tetapi kini Bullet 500 adalah bintang Royal Enfield dan kami baru sahaja menerima varian baru untuk menunggang.

Royal Enfield baru melepaskan informasi mengenai pelancaran Bullet Trials 500 baru yang bakal mencapai pasaran antarabangsa mulai August. Buat sementara waktu masih tiada maklumat jika motosikal ini akan tiba di Malaysia tetapi kami harap ia akan.

Dan apakah yang sangat istimewa tentang Bullet Trials 500 ini?

Related Post

Pertama sekali, varian Trials mendapat skema cat khas untuk membezakannya daripada motosikal Bullet lain. Untuk memudahkan tunggangan atas jalan tanah, tayar mendapatkan reka bentuk thread baru untuk cengkaman tambahan. Hendal diperkuatN dengan bar transverse, dilindungi dengan foam. Ekzos dilengkapi dengan penyenyap tinggi untuk pelepasan tanah tambahan.

Walaupun motosikal ini berasaskan Royal Enfield 1940-an dan 1950-an klasik, Bullet Trials juga mendapat ciri-ciri moden. Enjin 498 cc dilengkapi dengan suntikan bahan api. Sistem brek mendapat brek di kedua-dua hujung dan untuk keselamatan tambahan, dipasang dengan ABS.

Jika Bullet Trials asas masih tidak cukup untuk anda, Royal Enfield sudah menyediakan satu set dengan 30 aksesori berlainan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan