Categories: Berita

HLYM lancar Yamaha YZF-R15M pada RM14,998

PENGEDAR RASMI MOTOSIKAL YAMAHA DI MALAYSIA, HONG LEONG YAMAHA MOTOR AKHIRNYA TELAH MENDEDAHKAN SPORTSBIKE YZF-R15M TERBARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas diperkenalkan secara global pada September tahun lalu di India, Hong Leong Yamaha Motor secara rasminya telah melancarkan YZF-R15M untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga RM14,998, jentera motosikal sukan 155cc generasi terbaru ini didatangkan dengan beberapa peningkatan terkini. Antara aspek yang paling menonjol ialah reka bentuk keseluruhan R15M ini yang diinspirasikan daripada model terbaru iaitu Yamaha YZF-R7.

Tetapan dua cahaya kini digantikan dengan lampu LED tunggal yang diapit oleh dua lampu LED DRL (lampu nyalaan siang).

Bahagian panel sisi juga menyerupai R7 dan berfungsi untuk mencipta aerodinamik yang lebih baik dengan mengurangkan tahap ‘drag’ daripada 0.307 kepada 0.293. Sementara itu, bahagian sub-frame juga telah diperkukuhkan untuk menambah baik keseimbangan jentera.

Related Post

Antara ciri-ciri lain yang diperkenalkan ialah fork dan tempat duduk jenis USD dengan kemasan gaya gentian karbon, dan cakera brek hadapan dan belakang dengan bantuan ABS dwi-saluran. Yamaha R15M turut dilengkapi dengan paparan LCD digital dengan fungsi Yamaha Y-Connect yang boleh disambungkan ke telefon pintar melalui Bluetooth. 

Namun apa yang mencuri perhatian ialah R15M ini turut hadir dengan fungsi quick shifter dan kawalan cengkaman serta menghadirkan pengalaman tunggangan yang lebih menarik.

Menurut laporan, quickshifter akan diaktifkan sebaik jentera melebihi 20km atau rpm enjin melebihi 2,000rpm.

Yamaha R15M masih dikuasakan oleh enjin satu silinder 155cc dengan penyejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan menawarkan 18.3hp dan 14.1Nm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah