Categories: Berita

Modenas dikhabarkan akan lancar Dominar 250 tahun ini

TERDAPAT KEMUNGKINAN BESAR MODENAS AKAN MELANCAR DOMINAR 250 PADA SUKU KEDUA TAHUN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Syarikat gergasi motosikal India, Bajaj telah pun melancarkan Dominar 250 untuk pasaran negara pada Mac 2020 sebagai varian yang lebih kecil daripada Dominar 400.

Penampilan versi 250cc itu adalah untuk memberi akses luas kepada pelanggan yang inginkan motosikal ‘sport-touring’ tetapi pada harga yang lebih berpatutan.

Berita terkini seperti difahamkan Dominar 250 juga akan diperkenalkan di Malaysia. Kemungkinan besar model itu akan diperkenalkan sekitar suku kedua (S2) tahun ini.

Seperti Modenas Dominar 400, model 250cc juga akan dipasarkan dengan lencana Modenas.

Related Post

Dilengkapi dengan enjin KTM Duke 250, Dominar 250 menyertai barisan jentera kapasiti 250cc yang lain. Ini termasuk Yamaha R25, Honda CB250, KTM Duke 250 dan Ninja 250.

Bagaimanapun, sebagai motosikal berkonsepkan ‘touring’, enjin DOHC satu silinder 248cc telah ditala. Ia kini menghasilkan 27hp pada 8,500rpm dan 23.5Nm pada 6,500rpm. Ini lebih rendah berbanding DUKE 250 yang menjana 29.6hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm.

Di kertas, Dominar 250 mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 132km/j.

Berdasarkan reka bentuk keseluruhan, Dominar 250 masih mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada Dominar D400. Ini kecuali beberapa perubahan ketara termasuk tayar yang lebih kecil, fork (USD) dan cakera brek.

ersi 250 ini didatangkan dengan ABS dwi-saluran. Untuk rekod, Bajaj Dominar 250 boleh didapati pada harga Rs 1.60 lakh (sekitar RM9,061) di India.

https://t.me/iMotorbikeMY?utm_source=news&utm_medium=post&utm_campaign=telegram
Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah