NIU MEMPAMERKAN RQI-GT ELEKTRIK DAN TQI-GT TIGA RODA.

Niu RQi-GT | Sumber gambar: Electrek

Jenama China Niu telah mempamer motosikal elektrik RQi-GT dan skuter elektrik tiga roda TQi-GT di Consumer Electronics Show (CES). Menurut Electrek, pengeluar mempunyai matlamat untuk memasukkan kedua-dua motosikal ini dalam siri pengeluaran mulai separuh kedua 2020.

Pasaran sasaran Niu adalah para pekerja di kawasan bandar dengan kedua-dua model. Motosikal elektrik RQi-GT datang dengan jarak gerak 130 kilometer. Ia lebih sesuai untuk perjalanan pendek. Manakala, jarak gerak itu diukur pada kelajuan purata 48 km/h. Ia mempunyai kelajuan maksimum 160 km/h. Ia mempunyai motor elektrik 30 kW yang dibangunkan oleh syarikat itu sendiri.

Dua bateri boleh ditukar dengan sel dari Panasonic menyimpan tenaga untuk menghasilkan kapasiti sebanyak 6.5 kWh. Menurut firma, pek bateri disambungkan ke Internet melalui sambungan 5G. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan pencurian dan dapat menerima kemas kini over-the-air (OTA). Jenama itu memberi gelaran “motosikal elektrik pintar”.

Related Post

Sumber gambar: Electrek

Bagi skuter elektrik tiga roda, firma memberi gelaran “Urban Performance Electric Commuter”. Ia mempunyai kerusi upholsteri, cermin besar dan fairing. Ia sangat sesuai ditunggang dibawah pelbagai cuaca.

“Kesesakan amat biasa di bandar-bandar dengan penduduk berlebihan. Ini makan masa dan wang para pekerja dan mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar, “kata Ketua Pegawai Eksekutif Niu Yan Li seperti dipetik dari Electrek.

“Di Niu, kami mengabung gaya dengan teknologi untuk memberi penyelesaian yang cekap dan berpatutan bagi menangani isu-isu bandar.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan