Gilera CX125 | Sumber gambar: Race Alert

Pengeluar Itali Gilera mendedahkan prototaip futuristik mereka, CX pada 1989. Federico Martini mengetuai reka bentuk CX. Tambahan pula, Federico Martini adalah individu sama yang bertanggungjawab untuk Bimota DB1 dan projek Tesi.

Gilera CX Prototype | Sumber gambar: Gilera

Gilera bermatlamat untuk menghasilkan secara besar-besaran CX di kilang Arcore untuk menarik perhatian pasaran muda Itali. Pada Bologna Show 1990, Gilera mendedahkan versi pengeluaran CX. Setahun kemudian, CX125 boleh didapati di para pengedar. Pada tahun 90-an, CX125 kelihatan seperti motosikal dari masa depan. CX125 juga membawa kepada perkembangan pelbagai motosikal “unik” yang lain. Namun, motosikal unik lain yang dihasilkan seperti Yamaha GTS dan Bimota Tesi lebih banyak dilihat oleh orang ramai berbanding CX125 yang dihasilkan secara besar-besaran.

APAKAH YANG LUAR BIASA MENGENAI CX125?

ENJIN

CX125 memapar enjin 125cc silinder tunggal dua lejang yang mampu menjana 28 Hp @ 10,500 rpm. CX125 boleh lebih berjaya jika Gilera mengguna enjin lebih besar seperti V-kembar big-bore, V4 atau empat lejang 680cc yang amat popular pada masa itu. Walaubagaimanapun, casis CX125 agak luar biasa dan jauh lebih awal dari masanya.

SUSPENSI SSS

SSS ikonik, sistem suspensi tunggal dengan fork depan satu sisi dan swingarm untuk memberi motosikal gaya futuristik. Bukan seperti Tesi dan GTS, suspensi depan bukan jenis hub-center tetapi lebih kepada fork teleskopik terbalik. Triple clamp yang disambung pada rangka utama dengan rod aloi yang memegang keseluruhan struktur. Damper tunggal dengan fork depan meningkat ketegaran sebanyak 40% dan mengurangkan berat sebanyak 30%.

SISTEM BREK

Untuk memasukkan sistem brek pada CX125, kaliper empat omboh cakera tunggal digunakan. Roda 17 inci menampung pemasangan sistem brek. Oleh sebab berat CX125 adalah 120kg, kesan pada suspensi oleh roda tidak menghadapi sebarang masalah.

Related Post

RANGKA

Bagi rangka CX125, rangka keluli twin-spar dari Gilera SP02 memegang keseluruhan motosikal ini. Walaupun keluli digunakan, berat rangka hanya 10kg.

FAIRING

Selain dari kejuruteraan unik motosikal ini, salah satu ciri yang menarik perhatian orang adalah fairing-nya. Fairing luar biasa yang meliputi kluster instrumen moden masih menonjol mengikut standard hari ini.

DIMANAKAH GILERA SEKARANG?

Pemilik Gilera, Piaggio menutup operasi motosikal termasuk CX pada 1993. Kebanyakan motosikal Gilera kini adalah skuter dan Gilera Fuoco oleh Piaggio. Namun, Guzzi Diamante mempunyai beberapa ciri menarik CX125. Pereka Filippo Barbacane mengguna bahagian depan CX125 untuk menghasilkan motosikal hebat ini.

2009 Guzzi Diamante | Sumber gambar: Topspeed

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah