VARIAN KAWASAKI H2 PERTAMA SEKALI ADALAH KAWASAKI H2 MACH IV, JUGA DIKENALI SEBAGAI WIDOWMAKER. INI ADALAH PLATFORM SAMA BAGI MOTOSIKAL PENGELUARAN TERPANTAS, KAWASAKI NINJA H2R.

Kawasaki H2 Mach IV | Sumber gambar: Silodrome

Pada tahun 70-an pengeluar motosikal sering mencari cara untuk membangun motosikal besar yang mampu memecut oleh kerana siri Formula 750. Pengeluar seperti Ducati, Norton, Suzuki, Kawasaki dan Yamaha memberi lebih fokus terhadap motosikal 750cc. Pengenalan Kawasaki H2 Mach IV pada 1991 mengubah segala-galanya.

KAWASAKI H2 MACH IV

Kawasaki H1 Mach III | Sumber gambar: Motorcycle Classics

Kawasaki H2 Mach IV yang dijual dari 1971-1975 adalah hasil dari Kawasaki H1 Mach III 500cc 1969. H2 Mach IV mempunyai enjin 748cc  tiga silinder dua lejang yang mampu menjana 74hp @ 6,800rpm. Dengan berat 205kg, 8kg lebih berat daripada H1 Mach III namun nisbah tenaga kepada berat adalah 1hp setiap 2.6kg. Enjin 750 cc baharu pada Mach IV mempunyai tork low-end dan mempunyai kuasa dari 3,500rpm ke 7,500rpm hingga garis merah. Lebih berkuasa berbanding dengan enjin 500cc Mach III lama. Seperti Ninja H2R semasa, Mach IV adalah motosikal dengan pecutan terpantas pada masa itu dan mampu mencapai kelajuan 126mph.

Namun, rangka ringan tubular cradle Kawasaki H2 Mach IV mampu bengkok semasa mengambil belokan tajam kerana ia tidak mampu tahan kuasa enjin. Berat H2 Mach IV juga menunjuk kesannya di bahagian belakang motosikal. Dengan kombinasi swingarm pendek, para pelumba terpaksa berhati-hati semasa membelok.

Walaupun H2 Mach IV adalah motosikal terpantas pada masa itu dalam tangan pelumba-pelumba berpengalaman. Ia juga dikenali sebagai “The Widowmaker” kerana ia mampu membawa malang kepada pelumba yang tidak berpengalaman. Walaubagaimanapun, dengan masa Kawasaki mula membetulkan isu-isu ini dalam tahun-tahun yang akan datang.

Semasa pengeluaran tahun kedua 1972, Kawasaki memperkenalkan brek port disc omboh tunggal oleh sebab kepadatan serta kesederhanaan. Para pemilik juga mendapat pilihan untuk menambah cakera brek kedua. Motosikal ini memapar stereng hidraulik untuk menambah baik pengendalian, minyak raintai, dan sistem capacitor discharge ignition (CDI). Motosikal ini juga mempunyai ruang simpanan kecil dan race tail dengan lampu belakang.

Related Post

Kawasaki H1 dan H2 | Sumber gambar: MCN

VARIAN KAWASAKI H2 A/B/C

Pada 1973, Kawasaki cuba untuk meningkatkan kecekapan bahan api dengan membuat perubahan mekanikal kecil pada pam suntikan minyak, cylindern port timing dan carburretor jets. Model 1973 yang dikenali sebagai H2A mempunyai penggunaan bahan api yang lebih cekap tetapi output kuasa menurun secara drastik.

H2A Mach IV | Sumber gambar: Bikes Restored

H2B, diperkenalkan pada 1974 dan mempunyai perubahan yang paling ketara. Race tail yang lebih kurus dan swingarm panjang untuk meningkat kestabilan. Bagi trenkuasa, enjin yang dinaik taraf memberi kuasa lebih stabil yang merendahkan output kuasa kepada 71hp @ 6,800rpm. Tidak seperti model sebelum dengan sistem suntikan minyak tunggal, H2B mempunyai dua garis asingan. Garis asing ini membekal minyai kepada karburetor dari satu mainline.Bagi suntikan minyak ke galas, satu set tiga baris yang berbeza diperkenalkan. Dalam H2B dan varian H2C kemudian, penempatan peredam stereng (steering damper) dialih ke kiri.

H2B Mach IV | Sumber gambar: Classic-Motorbikes

H2C Mach IV | Sumber gambar: Classic-Motorbikes

Kesimpulannya, Kawasaki Ninja H2 semasa dan H2 Mach IV 1971 kongsi DNA sama. Kedua-dua dibina bagi tujuan yang sama.

The Evolved Kawasaki Ninja H2 | Sumber gambar: Kawasaki

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan