Categories: Berita

Honda akan mempamerkan jentera 2022 tanpa Marc Marquez

SATU PERSIDANGAN MAYA DENGAN SEMUA PELUMBA HRC TELAH DIJADUALKAN MANAKALA JUARA DUNIA BERKALI-KALI TIDAK AKAN HADIR UNTUK SAMBUNG PEMULIHAN DAN PERSEDIAANNYA.

Marc Marquez | Sumber: Visordown

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Honda telah merancang untuk secara rasmi mula musim 2022 Jumaat depan, Januari 14. Untuk membuat demikian Honda telah anjur mesyuarat atas talian. Ia akan menjadi peluang untuk melihat semua pelumba sekali lagi selepas cuti musim sejuk kecuali Marc Marquez.

Marc Marquez tidak akan hadir persidangan maya untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya serta persediaan pra musimnya. Pol Espargaro, Alex Marquez, Takaaki Nakagami turut hadir. 

Related Post

Seperti yang disebut beberapa kali, kenyataan rasmi terkini mengenai keadaan Marc bermula sebelum Krismas, diikuti dengan gambar di profil media sosial penunggang Sepanyol itu sedang sibuk menjalani latihan. Setakat ini, bukan sahaja tidak diketahui sama ada Marquez akan dapat mengambil bahagian dalam ujian musim sejuk di Malaysia dan Indonesia (dijadualkan pada Februari), tetapi juga bagaimana keadaan matanya yang menghidap diplopia.

Jika Honda telah memutuskan bahawa Marquez tidak akan berada di sana pada hari Jumaat, nampaknya sia-sia untuk berfikir bahawa rakan jenamanya boleh mendedahkan apa-apa lagi tentang keadaannya, melainkan berita rasmi datang dalam beberapa hari akan datang.

Dengan baki tiga minggu sebelum ujian musim sejuk, peminat ingin mengetahui lebih lanjut, dengan harapan Marquez akan berada di Malaysia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah