Categories: Berita

Honda CG125 Edisi Ulang Tahun ke-30 dilancar di China pada RM4.9k

UNTUK 2022, WUYANG HONDA AKAN MEMPERKENALKAN MODEL EDISI ULANG TAHUN KE-30 YANG DATANG DENGAN BEBERAPA SENTUHAN PREMIUM SERTA WARNA BARU!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Wuyang Honda telah memperkenalkan edisi khas CG125 sempena sambutan ulang tahun ke-30 motosikal itu di pasaran China.

Pertama kali diperkenalkan oleh Honda Jepun pada 1976, CG125 yang berdaya tahan menjadi pilihan pengguna untuk kegunaan harian. Disebabkan pembinaannya yang kukuh dan tahan lasak, Honda CG125 cukup popular di kalangan mereka yang inginkan jentera yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian.

Sejak 1976, Honda CG125 telah dipasarkan di beberapa pasaran dunia yang lain. Walaupun pengeluaran CG125 telah dihentikan di Jepun sejak 2008, di negara lain seperti Pakistan, motosikal itu masih ditawarkan sejak 1992.

Kini, legasi Honda CG125 diteruskan di pasaran China oleh Wuyang Honda, yang merupakan rakan kongsi Honda di negara itu. Untuk tahun 2022, Wuyang Honda memperkenalkan edisi Ulang Tahun ke-30 yang didatangkan dengan beberapa sentuhan premium dan warna baharu.

Related Post

Honda CG125 Special didatangkan dalam gabungan warna biru dan putih serta menampilkan logo sayap Honda ikonik dan lencana Wuyang Honda.

Honda CG125 Special masih dikuasakan oleh enjin satu silinder 125cc dengan penyejukan udara yang menawarkan 9.8hp. Enjin itu juga menjimatkan minyak dengan Wuyang Honda mendakwa CG125 Special mampu melepasi 200km dengan setiap pengisian tangki penuh 9.2L.

Model itu juga didatangkan dengan tempat duduk baharu dengan kemasan ‘kulit faux’, fork gaiters’, serta fender, enjin dan gear hitam. Ciri lain yang turut diperkenalkan ialah meter analog, lampu isyarat segi empat tepat depan dan belakang.

Tambahan pula, CG125 Special hadir dengan tanda harga CNY7,480 (RM4.9k) sahaja.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah