X ADV Three Wheels | Sumber gambar: Tribun Medan

Setiap hari terdapat khabar angin mengenai sebuah projek dari pengilang motosikal besar dan kali ini pula, khabar angin ini adalah tentang pengilang motosikal terbesar di dunia: Honda. Menurut rakan sekerja Jepun kami dari majalah Young Machine, Honda sedang membangun versi baru skuter adventure X-ADV.

Related Post

Ia bukan satu berita Honda sedang menerokai motosikal tiga roda dan buktinya adalah motosikal konsep New Wing yang telah didedahkan tahun lepas dilengkapi dengan enjin enam silinder dari Gold Wing.

Young Machine kata X-ADV tiga roda baru akan menjadi siri pertama model ini yang akan mendapat roda tambahan dan mungkin sedia untuk didedahkan pada akhir tahun 2019. Model seterusnya yang akan mendapat roda tambahan ialah Gold Wing dan juga powercruiser V-Max yang hebat!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan