Categories: Berita

Ola memperoleh Etergo dan merancang untuk lancar dua roda elektrik tahun depan!

OLA ELECTRIC MENGUMUMKAN PEMEROLEHAN ETERGO BV DAN KEMASUKAN MEREKA PASARAN DUA RODA ELEKTRIK PREMIUM.

Pada hari Rabu, Ola Elektrik mengumumkan pemerolehan pengeluar skuter elektrik yang berpangkalan di Amsterdam, Etergo. Tambahan pula, mereka mengumumkan kemasukan mereka ke dalam pasaran dua roda elektrik premium di peringkat antarabangsa dan nasional. Dengan pemerolehan ini, Ola Elektrik merancang untuk mengubah pasaran dua roda antarabangsa 100 juta+; termasuk pasaran dua roda India 20 juta+, kepada tenaga bersih, masa depan digital.

Ola Elektrik telah berusaha terhadap pembinaan ekosistem kenderaan elektrik untuk menawar rangkaian penyelesaian mobiliti bandar dan elektrik untuk semua orang; di India dan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, dengan pemerolehan terbaru mereka, kami tidak sabar untuk lihat apa yang Ola akan hasilkan dalam masa terdekat.

Ditubuhkan pada 2014, AppScooter canggih Etergo amat popular di wilayahnya. Etergo mendedahkan AppScooter pertama mereka pada 2018 dengan bateri berketumpatan tenaga tinggi boleh ditukar. AppScooter boleh mencapai jarak gerak 240 km dan mempunyai pecutan peneraju kelas. Tambahan pula, syarikat Belanda ini telah memenangi pelbagai anugerah untuk reka bentuk inovatif dan kejuruteraannya seperti; CES 2019, Automotive Brand Contest Germany dan banyak lagi.

Related Post

BHAVISH AGGARWAL, PENGASAS DAN KETUA, OLA ELECTRIC KATA;

“Masa depan mobiliti adalah elektrik dan dunia selepas COVID memberi kesempatan untuk kami untuk mempercepat penggunaan kenderaan elektrik secara global. Setiap tahun, hampir dua kali ganda jumlah kenderaan dua roda dijual di seluruh dunia berbanding dengan kereta. Dengan keupayaan elektrik yang disambungkan secara digital; kenderaan dua roda akan terus muncul sebagai pilihan utama mobiliti urban di sekitar dunia. Kami harap untuk membina kemampuan global terbaik dalam kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan produk di India.”

Beliau menambah, “Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan Bart, Marjin dan seluruh pasukan Etergo ke Ola Electric dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membangun visi kami untuk menjadikan mobiliti elektrik, kenyataan dalam skala besar.”

Sumber: Electric Motorcycles News

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah