Categories: Berita

Ni Hsin EV dapat lampu hijau untuk memasang dua motosikal elektrik

SYARIKAT BARU NI HSIN EV TECH TELAH MENERIMA KELULUSAN UNTUK MEMASANG MOTOSIKAL ELEKTRIK EBIXON TAILG BOLD DAN TAILG TORQUE.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ni Hsin EV Tech (NHEV) telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang dan memasarkan dua motosikal elektrik Ebixon TailG Bold dan TailG Torque.

NHEV dalam satu kenyataan memaklumkan pemasangan dua model CKD itu akan bermula November ini di Seri Kembangan, Selangor sebelum memasuki pasaran tahun depan.

Walaupun NHEV adalah syarikat baharu, Pengarah Urusan Khoo Chee Keong telah menetapkan sasaran tinggi untuk syarikat motosikal elektrik itu.

“Kami menyasarkan untuk menjual 50,000 unit EBIXON EV Bikes di Malaysia dan ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Related Post

“Kami boleh menjangkakan permintaan untuk motosikal EV di rantau ini akan menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh tiga hingga 10 tahun akan datang, mengatasi Eropah dan Asia Timur,” katanya.

Motosikal elektrik Ebixon menampilkan sistem dua bateri yang boleh diganti dan mampu bergerak sejauh 200km.

Pengguna boleh mengecas Ebixon dengan mudah menggunakan soket pengecas konvensional di rumah atau di stesen pertukaran bateri yang akan diletakkan di lokasi yang strategik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah