Categories: Berita

Perlindungan lebih dengan Allianz Motorcycle Plus

PERLINDUNGAN KEMALANGAN JALAN RAYA, PENDAPATAN HOSPITAL TANPA KOS TAMBAHAN UNTUK PEMBONCENG.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) Sazali Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) Sean Wang bersama pemenang Hadiah Utama Rohisham Husain dan Fattah Amin pada majlis penyampaian hadiah.

Allianz Motorcycle Plus yang baharu dan dipertingkat kini menampilkan perlindungan yang dipertingkatkan untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc dan ke bawah.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) kini menawarkan perlindungan tambahan kepada penunggang dan pembonceng Kematian/Hilang Upaya Kekal RM10,000 setiap seorang dan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari, sehingga 60 hari) tanpa kos tambahan.

Related Post

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (MALAYSIA) BERHAD (ALLIANZ GENERAL) SEAN WANG MENYATAKAN,

“Penunggang motosikal kadangkala terlepas perlindungan tambahan kerana isu kemampuan atau kurang pemahaman tentang insurans. Penunggang motosikal layak mendapat liputan yang bermakna dan mampu milik, dan kami berbesar hati untuk menyediakannya melalui peningkatan terbaru kami melalui Allianz Motorcycle Plus.”

“Dengan 90 peratus motosikal di jalan raya Malaysia adalah kapcai atau model 250cc dan ke bawah, kami bertegas bahawa perlindungan tambahan disediakan untuk polisi komprehensif dan pihak ketiga tanpa kos tambahan. Pada masa yang sukar, kami mahu penunggang untuk mendapat perlindungan yang sepatutnya,” tambah Sean.

ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS (KOMPREHENSIF) MELINDUNGI KERUGIAN ATAU KEROSAKAN PADA MOTOSIKAL ANDA AKIBAT KEMALANGAN, KEBAKARAN DAN KECURIAN; KEMATIAN DAN KECEDERAAN BADAN PIHAK KETIGA; DAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN HARTA PIHAK KETIGA. MANAKALA POLISI PIHAK KETIGA MELINDUNGI KEMATIAN DAN KECEDERAAN BADAN PIHAK KETIGA; DAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN HARTA PIHAK KETIGA.

Tambahan pula, perlindungan komprehensif juga menampilkan perlindungan tambahan bagi semua Special Perils Full Sum-Insured Protection (meliputi banjir, tanah runtuh atau sebarang bencana alam) dan bantuan tepi jalan yang disediakan oleh Allianz Road Rangers (1800-22-5542), kedua-duanya tanpa kos tambahan. Bantuan tepi jalan termasuk bantuan tunda kecemasan (percuma sehingga 50km, pergi balik), penghantaran bahan api, bateri dan perkhidmatan tayar pancit.

Allianz General turut mengumumkan pemenang hadiah utama Kempen Motosikal 111 di Allianz Arena di Plaza Sentral, dengan penampilan istimewa oleh Fattah Amin. Rohisham Husain membawa pulang Honda CBR250RR baharu bernilai RM25,999. Selain itu, Allianz General turut memberikan 110 Honda Wave Alpha sebagai hadiah bulanan sepanjang kempen tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah