Categories: Berita

Yamaha XMax 300 SP 2022 dilancar di Thailand dengan suspensi Ohlins

YAMAHA XMAX 300SP 2022 DIDATANGKAN DENGAN ENJIN SILINDER TUNGGAL SOCH DAN PELBAGAI KEMAS KINI PREMIUM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha telah memperkenalkan varian SP XMax 300 untuk pasaran Thailand dan skuter maxi itu mendapat beberapa peningkatan premium untuk 2022.

Antara kemas kini terkini ialah penggunaan sistem suspensi belakang daripada Ohlins serta tempat duduk eksklusif Yamaha Tech Max.

Yamaha XMax 300 SP juga didatangkan dengan paparan LCD digital yang sama pada TMax 560 2021.

Related Post

Ciri-ciri lain yang membezakan TMax 300 SP juga termasuk penggunaan lencana SP khas yang dipaparkan pada sisi panel hadapan.

Apa yang menarik ialah gabungan kelabu dengan rim merah turut mencipta rupa yang lebih agresif manakala suspensi berkembar belakang daripada Ohlins keemasan juga menonjol.

Bagaimanapun, versi SP ini masih mengekalkan spesifikasi sama yang kekal dengan enjin satu silinder SOCH 292cc dengan penyejukan cecair yang menjana 27.63hp @7,250rpm dan 29Nm @5,750rpm.

Sementara itu, di pasaran Malaysia, XMax hadir dengan enjin 250cc.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah