Categories: Berita

ARC akan lancar topi keledar ‘full face’ baharu

DALAM SATU POS MEDIA SOSIAL, ARC HELMET MENUNJUK TEASER UNTUK TOPI KELEDAR ‘FULL FACE’.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama topi keledar motosikal tempatan, ARC Helmet akan memperkenalkan topi keledar ‘full face’ pertama dalam usaha memenuhi permintaan peminat mereka.

ARC Helmet, dalam perkongsian baru-baru ini di media sosial, turut mendedahkan video ‘teaser’ yang memaparkan topi keledar ‘full face’.

Antara ciri-ciri yang dilihat dalam video tersebut ialah reka bentuk corong angin dan belakang baharu dengan penggunaan ‘Modular Advanced Shell’ serta merujuk kepada penggunaan shell serba baharu.

Related Post

Topi keledar itu juga nampaknya menawarkan fungsi ‘sun visor’ untuk memudahkan pengguna menunggang bawah cuaca panas.

Setakat ini, ARC Helmet masih belum mengumumkan tarikh pelancaran. Bagaimanapun, ia dijangka topi keledar serba baharu itu akan diperkenalkan tidak lama lagi.

ARC Helmet telah ditubuhkan pada 1973 di sebuah pekan kecil di Butterworth, Pulau Pinang sebelum dikenali sebagai STF Industries Sdn Bhd pada 2003.

ARCH Helmet telah beroperasi sebagai syarikat milik keluarga selama lebih 40 tahun dan sentiasa komited untuk menghasilkan topi keledar yang selamat untuk penunggang motosikal.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah