Categories: Berita

Squarespace akan memaparkan Keanu Reeves dalam kempen baru mereka

Salah satu pelakon dan pereka motosikal kegemaran kami, Keanu Reeves, kini menjadi tumpuan kempen Super Bowl 2018. Pelakon Matrix dilihat sedang duduk di padang pasir di hadapan unggun api dengan komputer ribanya, bercakap tentang semangatnya untuk motosikal dan syarikatnya Arch Motorcycles.

“Kami ingin mereka satu kempen yang boleh memberi inspirasi kepada orang untuk mengambil idea mereka dan melakukannya,” kata Pengarah Creative Production untuk Squarespace Sandra Nam.

“Squarespare mempunyai rangkaian pelanggan yang pelbagai, termasuk beberapa pelanggan berprofil tinggi seperti Keanu, dan kami tidak dapat memikir tentang orang yang lebih baik daripada Keanu untuk menyampaikan mesej kami kepada dunia.”

Related Post

Ini akan menjadi tahun kelima berturut-turut Squarespace menghasilkan kempen Super Bowl. Aksi tahun 2014 menyaksikan jenama ini berkembang secara luas dengan memaparkan orang terkenal untuk memberi keseimbangan.

Tahun kemudiannya menunjuk Jeff Bridges dan “Sleeping Tapes” dan Key dan Peele meningkatkan tahap tersebut pada 2016 dengan aksi mereka. John Malkovich pula dipaparkan untuk 2017 dan bagi tahun 2018 pastinya lebih baik untuk bersaing dengan harapan para penonton.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan