Sumber gambar: Carshadow

Jika kami menyuruh anda untuk memilih salah satu negara yang dikenali untuk motosikal kustom apakah jawapan anda? Tentu bukan China.

Tidak mengapa, kami tidak menyalahkan anda. Bagi kebanyakan kami yang terdedah kepad gaya hidup motosikal kustom, China tidak tinggi dalam senarai negara yang kita harapkan untuk menghasilkan motosikal luar biasa. Itulah apa yang pekerja-pekerja di Mandrill Garage yang berpusat di Beijing berharap dapat mengubah dalam masa terdekat.

Untuk 2018, pasukan tersebut termasuk ketua pasukan, Luo Huo, memutuskan untuk bermula dengan memperkenalkan hasil terkini mereka berdasarkan BMW R nineT Neo-Racer 2017 yang dikenali sebagai ‘Dark Fighter’. Syarikat ini telah beroperasi selama enam tahun dan sehingga kini telah menghasilkan beberapa projek kustom luar biasa yang mengagumkan.

Sumber gambar: Carshadow

Walau bagaimanapun, pasukan di Mandrill Garage telah memilih untuk mengambil jalan yang berbeza untuk projek pertama mereka pada tahun 2018. “Ideanya adalah untuk mencipta sesuatu yang anti-retro, untuk mengeluarkan lampu dan sebaliknya menggunakan topeng seperti perisai zaman pertengahan (medieval), saya mahu membinanya seperti seorang streetfighter, “kata Luo Hao. Dengan unit penderma baru yang dihantar oleh pelanggan, kerja akhirnya dapat bermula.

Komponen pertama yang dikeluarkan ialah kerusi stock. “Bahagian yang saya paling tidak suka pada BMW ialah tempat duduk,” kata Luo Hao. Dengan itu, tempat duduk dikeluarkan serta keseluruhan subframe belakang. Ia digantikan dengan tempat duduk yang lebih kecil dan diliputi dalam kulit yang direka dan dibuat dalaman. Berikutnya ialah tangki minyak.

Related Post

Pada unit yang digunakan, lencana BMW stok dikeluarkan dan digantikan dengan logo mesin syarikat itu. Seterusnya, rangka itu disalut dengan warna hitam berkilat dengan fork depan menerima warna yang sama melalui anodizing.

Sumber gambar: Carshadow

Untuk ciri yang paling menarik mengenai projek ini ialah lampu depan yang digantikan dengan topeng depan yang memberi gaya zaman pertengahan (medieval). Dalam topeng itu terdapat sebuah lampu LED dan lampu depan telah dialihkan ke sisi motosikal.

Perubahan lain termasuk fender depan dan belakang yang diperbuat daripada karbon fiber, airbox dikeluarkan dan K&N pod filters dipasang. Sistem ekzos keluli tahan karat diperbuat tangan dengan gaya GP. Fork dan brek Brembo telah dikekalkan tetapi penyerap hentak belakang digantikan dengan unit boleh dilaras sepenuhnya dari Gears Racings. Tambahan pula, Brembo RCS radial master cylinders untuk kedua-dua brek dan klac menggantikan barang-barang stok.

Akhirnya, bahagian belakang mendapat lampu belakang dengan tiga jalur merah LED dengan lampu isyarat. “Apabila anda melihat motosikal ini dari depan, ia kelihatan seperti robot ataupun ironman – mungkin ksatria zaman pertengahan,” kata Luo Hao. Jika ini hanya permulaan untuk Mandrill Garage pada 2018, maka pasukan ini telah menetapkan tahap pencapaian yang agak tinggi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan