PURSANG TELAH MENGELUARKAN E-TRACK BAHARUNYA DAN DENGAN INI MEMASUKI SEKTOR ELEKTRIK.

Pursang E-Track | Sumber gambar: Electrek

Syarikat Sepanyol Pursang telah melalui beberapa perubahan besar dan kini dilahirkan semula sebagai jenama motosikal elektrik baharu. Model pertamanya ialah Pursang E-Track yang kini boleh ditempah. Pursang telah berada dalam proses untuk permulaan baru sejak dua tahun yang lalu.

Menurut Electrek, syarikat ini mula menghasil motosikal elektrik ringan dalam kuantiti rendah. Penghantaran akan mula Oktober tahun ini. Siri pertama akan merangkumi pengeluaran 24 motosikal. Setiap motosikal akan mendapat kemasan gentian karbon premium. Ini membantu membezakannya dari Pursang E-tracks masa depan.

Related Post

Sumber gambar: Electrek

Motosikal ini memaparkan motor elektrik 11kW (14.75 hp) yang mampu menjana kelajuan maksimum 120 km/j (75 mph).  Pek battery tidak boleh ditanggalkan boleh memberi tenaga elektrik 7.2kWj. Ia mampu mencapai jarak perjalanan 140km.

Pursang E-Track datang dengan tanda harga USD14,900. Spek E-Track agak seiras dengan Zero FXS kerana mereka mempunyai cakera brek hydraulik J.Juan. Namun kedua-dua motosikal ini agak berbeza dari segi saiz kerana E-Track mempunyai berat 147kg.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan