Categories: Berita

Skuter Elektrik Blueshark R1 mendapat kelulusan daripada JPJ

EP MANUFACTURING TELAH MENERIMA KELULUSAN DARIPADA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA UNTUK PELESENAN DAN PENDAFTARAN KENDERAAN ELEKTRIK DUA RODA PERTAMA SYARIKAT.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar komponen automotif, EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendaftar dan melesenkan skuter elektrik, Blueshark SG3000DT.

Difahamkan, EPMB menerima kelulusan sebulan selepas kerajaan meluluskan pemasangan skuter elektrik itu.

Menurut EPMB, Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan dan Homologasi Jenis Kenderaan (VTA) telah memberi kelulusan untuk model Blueshark SG300DT (Blueshark R1) pada akhir bulan Ogos.

Related Post

Kelulusan itu bermakna skuter elektrik Blueshark R1 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Skuter elektrik Blueshark R1 mempunyai dua bateri litium-ion 1440Wh mudah alih yang boleh ditukar dengan bateri yang boleh dicas penuh di stesen pertukaran bateri.

Bateri juga boleh dicas di rumah dan menawarkan jarak gerak sehingga 160km pada kelajuan 25km/j.

Selain itu, Blueshark R1 turut menampilkan sistem permulaan enjin yang menggunakan cap jari. Terdapat 75 sensor pada motosikal termasuk kamera di depan dan belakang yang berfungsi seperti dashcam kereta.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah