Categories: Berita

Harley-Davidson menghidupkan semula Nightster 975cc 2022

NIGHTSTER 2022 HARLEY-DAVIDSON MASIH MENAMPILKAN RUPA KLASIK TETAPI ENJIN TELAH DITINGKATKAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Harley-Davidson telah memperkenalkan motosikal ‘entry-level’ dengan sistem penyejukan air selepas pengeluaran terakhirnya 65 tahun lalu. Menghidupkan semula nama Nightster, model baharu itu meneruskan DNA Harley-Davidson dengan rupa klasik tetapi dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri elektronik terkini.

Tumpuan utama terletak pada enjin, yang menempatkan platform 975cc serba baharu yang dibangunkan daripada platform Revolution Max 1250 yang menguasakan Pan America.

Related Post

Harley-Davidson mendakwa enjin V-Twin 60 darjah dengan sistem penyejukan air mampu menjana 88.5hp @7,500rpm dan 95Nm @5,000rpm.

Walau bagaimanapun, Revolution Max 1250 menggunakan ‘variable-valve timing’ pada kedua-dua injap masuk dan ekzos, enjin 975cc terbaharu ini hanya menampilkan VVT pada bahagian ‘inlet cam’. Di sini, Harley menggunakan satu ‘sparkplug’ setiap silinder berbanding dua ‘sparkplugs’ pada enjin 1250.

Harley-Davidson Nightster 2022 didatangkan dengan tangki 11.7L dan berat 221kg. Ia menampilkan tiga mod tunggangan iaitu Road, Sport dan Rain. Dilengkapi dengan ABS, motosikal itu juga mempunyai kawalan cengkaman dan Sistem Kawalan Slip Drag-Tork.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah