Categories: Sukan Motor

Saudi Arabia bakal menganjurkan Dakar Rally

Saudi Arabia Dakar Rally | Sumber gambar: ADV Pulse

Selepas 11 tahun di Amerika Selatan, dan menentang kemungkinan berpindah ke Afrika (Angola dan Afrika Selatan dijangka akan menjadi negara utama untuk Dakar seterusnya), nampaknya penganjur acara A.S.O. telah membuat perubahan pada saat terakhir dan kini sangat dekat untuk mengumumkan bahawa Dakar akan diadakan di Saudi Arabia.

Kekurangan minat dari negara Amerika Selatan adalah sebab utama untuk Dakar menukar benua sekali lagi. Tahun ini adalah Dakar pertama yang hanya diadakan di satu negara sahaja, Peru, sementara Chile, Argentina, Bolivia dan negara lain telah memutuskan untuk menghentikan bayaran terhadap A.S.O bagi peluang untuk menganjur perlumbaan ini dalam negara mereka.

Related Post

Keputusan untuk beralih ke Saudi Arabia akan memastikan perlumbaan Dakar menetap di negara timur tengah ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun, bermula dari tahun 2020, dengan pihak berkuasa Arab Saudi membayar sebanyak 15 juta euro setiap tahun untuk menganjurkan perlumbaan di sana.

Yazeed Al-Rajhi, salah satu pelumba Saudi di Dakar, menunjuk gambar pada Instagram peribadinya dengan keterangan “Let’s go!”. Gambar seperti berikut agak biasa jika ia bukan gambar pentas Dakar dengan bendera Saudi Arabia.

A.S.O belum lagi mengesahkan apa-apa lagi tetapi kemungkinan ini diambil oleh semua orang sebagai perjanjian yang telah dilakukan, dan hanya beberapa hari lagi sehingga kami mendapat pengesahan bahawa Dakar akan diadakan di Saudi Arabia dari tahun 2020 dan seterusnya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah