Categories: Berita

BSH lancar Honda Dash 125 2022 pada RM6,449

HONDA DASH 125 KINI TIBA DENGAN TIGA PILIHAN WARNA – CANDY SCINTILLATE RED, CLIPPER YELLOW DAN PEARL NIGHTFALL BLUE.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Boon Siew Honda baru-baru ini telah melancarkan Dash 125 yang dikemas kini untuk 2022. Kemas kini itu menyaksikan Dash 125 kini mencapai piawaian Euro4 bersama dengan EEV (Energy Efficient Vehicle).

Antara kemas kini lain yang turut dilaksanakan termasuk reka bentuk dan grafik yang lebih segar, meter jenis dail baharu dan jelas serta visor depan yang lebih sporty.

Untuk memastikan tahap penglihatan penunggang yang lebih baik, Dash 125 2022 kini turut menampilkan lampu depan LED.

Related Post

Bagaimanapun, peningkatan terbesar ialah pada bahagian enjin, dengan platform silinder tunggal SOCH 124.3cc dengan penyejuk udara, 4-lejang 2-injap yang kini mempunyai status Euro4 menjadikannya lebih mesra untuk alam sekitar.

Enjin itu juga menghasilkan 9.8hp @8,000rpm dan 9.54Nm @6,500rpm dan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan.

Honda Dash 125 didatangkan dengan tangki 4L, penghidup/kick elektrik serta PGM-Fi (suntikan bahan api). Ia mempunyai berat 105kg dengan tangki penuh. Ia didatangkan dengan garpu depan jenis teleskopik, tayar depan 70/90-17 dan tayar belakang 80/90-17. Motosikal ini turut dilengkapi dengan cakera hidraulik depan dan belakang.

Menurut BSH, Honda Dash 125 2022 ditawarkan dalam tiga pilihan warna; Pearl Nightfall Blue, Candy Scintillate Red dan Clipper Yellow. Honda Dash 125 2022 ini boleh dimiliki pada harga RM6,449.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah