ALEX MARQUEZ AKAN BERSEDIA UNTUK BERTARUNG DI PERLUMBAAN DI KAMPUNG HALAMANNYA BERSAMA STEFAN BRADL.

Repsol Honda Team

Dengan keputusan terbaik musim ini, Repsol Honda Team akan membuat persediaan untuk dua perlumbaan pertama di Aragon, Sepanyol. Wira kampung halaman, Marc Marquez akan sambung pemulihannya di rumah. Duo Alex Marquez dan Stefan Bradl akan ingin melihat peningkatan besar hujung minggu ini.

GP Perancis yang dilanda hujan lebat menyaksikan Alex Marquez alih dari kedudukan ke-18 ke kedua, meraih podium keduanya dalam sembilan perlumbaan dan kali pertama berlumba bawah keadaan ini. Rakan sepasukan Stefan Bradl juga menghasilkan keputusan cemerlang di tempat kelapan selepas bermula di kedudukan ke-21. Pasukan ini kembali ke Sepanyol dengan semangat baru untuk Grand Prix Aragon.

ALEX MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- APA YANG DIHARAPKAN?

Related Post

“Ia adalah beberapa hari yang menyenangkan menikmati perasaan selepas Le Mans, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua orang yang telah menyokong saya atau menghantar pesanan kepada saya selepas perlumbaan. Tetapi sekarang tibanya masa untuk menetapkan semula sedikit dan kembali bekerja di Aragon. Sesi kelayakan masih merupakan bahagian yang memerlukan paling banyak kerja bagi kita kerana kita telah menunjukkan bahawa kadar perlumbaan kita biasanya tidak begitu buruk dan kita dapat bertarung lebih banyak setiap perlumbaan. Buat masa ini kita perlu tunggu dan lihat keadaan cuaca, Aragon pada waktu pagi sangat sejuk jadi kita perlu beri perhatian bagi perkara ini.”

STEFAN BRADL (REPSOL HONDA TEAM)- APA YANG DIHARAPKAN?

“Saya gembira dapat sambung dengan Repsol Honda Team di Aragon, tetapi saya berharap agar Marc terus pulih dengan baik. Kembali ke titik penting perlumbaan terakhir, perlumbaan yang kuat telah memberi saya motivasi tambahan untuk hujung minggu ini di Aragon. Ini adalah litar dengan banyak variasi dan beberapa titik rumit, terutamanya jika suhunya lebih sejuk, anda benar-benar perlu memberi tumpuan bagi sebelah kanan tayar pada awal pusingan. Tujuannya adalah untuk sekali lagi memberikan hasil terbaik bagi HRC.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan