Categories: Berita

Vespa Malaysia membuka bilik pameran 3S baharu di Johor Bahru

VESPA MALAYSIA TELAH MEMBUKA BILIK PAMERAN TERBARUNYA DENGAN KERJASAMA NG BROTHERS MOTOR DI SKUDAI, JOHOR.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Menghargai sokongan terhadap jenama Vespa di Selatan tanah air, Vespa Malaysia telah membuka bilik pameran 3S yang serba lengkap di Johor Bahru.

Perkara itu disahkan oleh Didi Group, sebagai pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia.

Pelancaran Vespa Skudai (Ng Brothers Motor) menandakan kejayaan baharu bagi jenama Itali di Malaysia kerana ia merupakan bilik pameran 3S sulung syarikat di Johor Bahru.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka.

Related Post

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ng Brothers Motor (Vespa Skudai) kerana memperkenalkan dan membawa jenama Vespa di Johor, yang akan membantu kami mengukuhkan lagi kedudukan kami dan meningkatkan kehadiran kami di Malaysia.”

“Pembukaan Vespa Skudai juga mencerminkan pengukuhan rangkaian pengedaran Vespa di Malaysia.”

Pelancaran turut meriah dengan penyertaan seramai 150 pemilik Vespa dengan kerjasama Kelab Vespa Moden Johor. Perasmian itu juga bertujuan meraikan komuniti Vespa di negeri Johor.

Selain itu, Vespa Skudai turut menawarkan bilik pameran yang mengikut identiti korporat Vespa yang menjamin pelbagai tawaran.

Mereka yang teringin untuk mendapatkan pengalaman Vespa boleh mengunjungi Vespa Skudai yang terletak di 33, Jalan Pakis 1, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah