Categories: Event

Bersedia untuk Royal Enfield One Ride!

Royal Enfield One Ride | Sumber gambar: Ultimate Motorbike

Dikenali untuk motosikal klasik, Royal Enfield sudah mula menyempurnakan butir-butir terakhir pada acara terbesar mereka, One Ride. Ini adalah acara yang disambut di seluruh dunia dan didedikasikan kepada pemilik Royal Enfield, yang akan bertemu dan berkongsi pengalaman mereka semasa menunggang motosikal Indian mereka.

Acara One Ride adalah satu acara yang perlu dihadiri jika anda seorang peminat Royal Enfield dan ia diadakan sekali setahun sejak edisi pertama pada 2011. Royal Enfield biasanya mengadakan acara ini pada setiap Ahad pertama April, tetapi tahun ini pula, tarikh itu perlu tukar dan jenama India ini mengumumkan 28 April sebagai tarikh bagi One Ride.

Related Post

Anda boleh menyertai acara seorangan ataupun dalam kumpulan dan setiap pengedar rasmi Royal Enfield bertanggungjawab untuk mengatur lawatan acara ini dengan pelanggan mereka.

Jadi jika anda memiliki motosikal Royal Enfield, acara One Ride semakin hampir dan anda perlu bersedia untuknya!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah