Categories: Berita

Kawasaki Ninja 1000SX baru akan dilancar pada Julai 15

KAWASAKI SEDIA UNTUK MENAMPILKAN VERSI TERKINI SPORTS TOURER NINJA 1000SX.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki akan memperkenalkan Ninja 1000SX generasi baharu untuk pasaran global bulan ini.

Ninja 1000SX generasi terbaru adalah jawapan Kawasaki untuk bersaing dengan GSX-S1000GT yang telah diperkenalkan oleh Suzuki akhir tahun lalu.

Setakat ini, motosikal ‘sports tourer’ itu sering diletakkan antara ZX-10R dan Versys 1000 kerana menawarkan ciri-ciri jentera touring tetapi kuasa seperti superbike.

Manakala, menurut laporan di Jepun, reka bentuk Ninja 1000SX akan datang akan lebih selaras dengan acuan ZX-10R baharu tetapi masih mengekalkan pelana yang selesa dan tempat duduk ergonomik yang lebih menegak dan sesuai untuk tunggangan jarak jauh.

Related Post

Sementara itu, Ninja 1000SX akan dikuasakan oleh enjin empat silinder 1043cc yang telah ditala untuk menghasilkan kuasa yang lebih lancar pada ligatan rendah dan pertengahan.

Walaupun maklumat sahih masih belum dikongsi buat masa ini, media Jepun, Bike News mendedahkan Kawasaki akan melancarkan Ninja 1000SX pada 15 Julai ini.

Masih belum ada sebarang berita sama ada Ninja 1000SX turut dipertimbangkan oleh MODENAS untuk dilancarkan di pasaran tempatan sebagai model CBU.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah