Categories: Berita

CFMOTO 800MT Touring buka untuk tempahan pada RM53,800

HASIL PERKONGSIAN TEKNIKAL DAN PEMBUATAN ANTARA PENGILANG MOTOSIKAL AUSTRIA KTM DAN PENGELUAR CHINA CFMOTO, TOURING 800MT KINI TELAH MASUKI MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas dilancar sekitar Jun tahun lalu, CFMOTO 800MT kini dibuka untuk tempahan bagi pasaran Malaysia.

Menurut maklumat yang diperoleh, motosikal ‘adventure touring’ ini ditawarkan pada harga RM53,800 (sebelum cukai dan insurans) dan model itu dijangka tiba sekitar September atau Oktober.

Membuat penampilan sulungnya di Pameran Motor Beijing 2021, 800MT ialah motosikal ADV pertama yang diperkenalkan oleh jenama itu.

Related Post

Walaupun terdapat dua varian ditawarkan untuk pasaran global; 800MT Sport dan 800MT Touring, merupakan satu-satunya varian Touring yang dipasarkan di Malaysia. Perbezaan utama antara versi Touring ialah kehadiran rim jejari wayar 19 inci selain dilengkapi kotak dan pannier sebagai standard.

800MT ini dikuasakan oleh enjin kembar selari 799cc sama yang terdapat pada KTM 790 Adventure hasil kerjasama antara CFMOTO dan KTM. Enjin itu menawarkan 95hp pada 8,000rpm dan 88Nm pada 6,600rpm.

CFMOTO 800MT juga menampilkan klac jenis selipar, suntikan bahan api elektronik Bosch dan fungsi ride-by-wire dengan tiga mod tunggangan; hujan, luar jalan dan jalan raya.

Antara ciri-ciri menarik lain pada motosikal itu termasuk quickshifter, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), sistem suspensi KYB dan kaliper brek J.Juan. Ia dilengkapi dengan ABS dwi saluran, cruise control dan tangki 19L.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah