Categories: Berita

Honda ADV 160 dilancar dengan dua varian di Indonesia

HONDA SECARA RASMI MELANCAR ADV 160 TERBARU DENGAN DUA MODEL DITAWARKAN, VERSI SISTEM BREK GABUNGAN (CBS) DAN VARIAN ABS DAN KAWALAN TRACTION.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Astra Honda Motor akhirnya secara rasmi lancar Honda ADV 160 untuk pasaran Indonesia.

Untuk 2022, skuter kompak ‘adventure’ itu kini dijana oleh enjin yang lebih besar, 156.9cc berbanding 149cc sebelum ini. Platform baharu itu turut menyaksikan Honda ADV 160 kini menawarkan 16hp dan 14.7Nm berbanding 14.8hp dan 13.8Nm sebelum ini.

Selain itu, peningkatan terbesar lain turut menyaksikan ADV 160 kini dilengkapi dengan fungsi Honda Selectable Torque Control (kawalan cengkaman).

Related Post

Di pasaran Indonesia, dua varian ditawarkan. Varian standard didatangkan dengan fungsi brek CBS (Sistem Brek Gabungan) manakala versi lain dilengkapi dengan HSTC dan ABS.

Menurut sumber, versi ABS dengan HSTC ditawarkan pada harga INR39.25 juta (RM11.5k).

Bagaimanapun, reka bentuk keseluruhannya kekal sama seperti generasi terdahulu tetapi beberapa ciri telah dinaik taraf termasuk papan pemuka yang kini menampilkan meter digital berwarna manakala panel info yang menampilkan lampu isyarat, pancaran tinggi dan ABS kini telah disepadukan dengan meter digital.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah