Categories: Berita

Yamaha Tracer 9 GT 2023 dinaik taraf dengan teknologi radar Bosch

YAMAHA BAKAL PERKENALKAN TOURER TRACER 9 GT TERATAS SEKARANG DENGAN SISTEM RADAR UNTUK FACELIFT SETERUSNYA PADA 2023.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha akan menaik taraf Tracer 9 GT dengan teknologi radar Bosch untuk tahun 2023. TeknologI sama terdapat pada Ducati Multistrada V4 dan KTM 1290 Super Adventure.

Menurut laporan media Jerman, Motorrad, Yamaha Tracer 9 GT telah pun dilihat menjalani ujian di negara itu baru-baru ini.

Berdasarkan gambar ‘spy shot’ yang berjaya dirakam, jelas menunjukkan Tracer 9 GT dengan hujung depan yang berbeza berbanding model yang diperkenalkan tahun lalu.

Terdapat kotak hitam kecil yang telah diletakkan di antara lampu depan yang menempatkan teknologi radar.

Related Post

Dengan teknologi tersebut, ini bermakna Tracer 9 GT 2023 akan dilengkapi dengan fungsi ‘Adaptive Cruise Control (ACC)’ bagi menggantikan sistem ‘cruise control’ konvensional yang terdapat pada model sedia ada.

Tetapi menurut Motorrad, sementara Ducati Multistrada V4 dan KTM 1290 Super Adventure mempunyai radar di hadapan (ACC) dan belakang (Pengesanan Titik Buta), Tracer 9 GT akan datang hanya akan menawarkan sistem radar di hadapan.

Ini kerana berdasarkan ‘spy shot’ yang telah dikongsi, nampaknya tiada radar di bahagian ekor.

Namun, apa yang pastinya ialah upgrade terbaharu yang dilaksanakan oleh Yamaha pada Tracer 9 GT yang secara tidak langsung memberi gambaran teknologi itu akan turut diperluaskan kepada model ‘touring’ lain.

Nantikan pelancaran global Yamaha Tracer 9 GT 2023 yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah