NICO ROSBERG MENJUAL SECARA RAFFLE ENERGICA EGO KUSTOMNYA UNTUK MEMUNGUT DERMA BAGI MENYOKONG KANAK-KANAK DAN KELUARGA YANG MEMERLUKANNYA. AND JUGA BOLEH MEMENANGI MOTOSIKAL KUSTOM INI. INI ADALAH CARANYA.

Bekas pelumba F1 Nico Rosberg memberi motosikal kustomnya Energica Ego untuk memungut derma. Motosikal yang Nico akan memberi adalah Energica Ego yang telah diubahsuai. Motosikal dengan cat kustom sejenis dan decal telah ditugaskan olehnya. Juara dunia F1 2016 mendapat motosikal ini Oktober tahun lepas dan kini motosikal ini berada di laman web viprize untuk memungut derma. Bahagian terbaik? Anda sebenarnya boleh memenangi motosikal ini sambil menderma wang untuk amal!

Pada akhir rafel; yang berakhir dalam kira-kira 55 hari, wang yang dikumpulkan akan masuk; RTL “Wir Helfen Kindern” dan Red Cross Itali.

Selain dari motosikal, pemenang akan menerima tiket penerbangan percuma ke Monaco dan penginapan untuk penyerahan motosikal secara peribadi oleh Nico Rosberg sendiri!

Related Post

Sekiranya itu tidak mencukupi, pemenang juga akan mendapat hadiah eksklusif lain seperti topi keledar replika min yang ditandatangani; kereta mini ditandangan dan buku edisi terhad “Akhirnya” – mencatat kemenangan Kejuaraan Dunia Formula 1 Nico Rosberg pada tahun 2016.

KENYATAAN NICO ROSBERG

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan