Categories: Berita

WMoto WM110 dapat facelift serta warna dan grafik baru

WMOTO WM110 BAHARU DITAWARKAN PADA HARGA BERPATUTAN, RM3,788.00 SAHAJA.

WMoto WM110 dapat warna dan grafik baru serta facelift premium

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

WMoto baru lancar versi facelift WM110 dengan warna dan grafik baru untuk menampilkan keseluruhan canggih. Motosikal ekonomi ini mendapat corak baru dengan warna menonjol sambil mengekal spesifikasi teknikal original. Motosikal konsep berpatutan ini ditawar pada harga RM3,788.00 sahaja.

WMoto WM110 mengguna enjin 109cc untuk mencapai 7.1hp @8,000 rpm dan tork 7.2Nm @6,000 rpm. Tambahan pula, WMoto WM110 turut mengguna suspensi khas Kayaba (KYB) yang tawar pengendalian, kestabilan dan keselamatan yang lebih baik. Di depan WM110 mengguna brek cakera dan ini meningkatkan keselamatan penunggang semasa pengereman. 

Related Post

WMoto WM110 dilengkapi dengan lampu depan terang sebagai ciri keselamatan semasa menunggang pada waktu malam. WM110 turut didatangkan dengan tangki liter 4 liter yang sesuai untuk kegunaan harian dan boleh ditunggangi sejauh 55km seliter pada kelajuan purata 80-90 km/j.

Motosikal yang cukup sempurna untuk kegunaan harian ini mempunyai tiga pilihan warna; biru, merah, dan hitam, dan boleh digunakan di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. Pembeli WM110 juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (mana-mana dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian tulen oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah