Categories: BeritaSukan Motor

MotoGP – Ducati mungkin mempunyai sesuatu istimewa untuk Mugello

MISSION WINNOW DUCATI AKAN MEMBAWA DESMOSEDICI GP19 KHAS KE GP ITALI HUJUNG MINGGU INI DI MUGELLO UNTUK MENDAPAT KEMENANGAN KETIGA BERTURUT-TURUT MEREKA.

Pada hujung minggu ini di Mugello, musim MotoGP bersambung dengan GP Itali. Namun Mugello bukan litar biasa untuk pasukan Ducati. Ia adalah tempat lumba mereka, satu tempat yang mereka telah menang untuk dua musim yang lalu. Untuk menjamin kemenangan ketiga mereka Ducati akan memberi sesuatu istimewa kepada Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Ia bukan mudah untuk mengatakan dengan tepat apa yang Gigi Dall’igna telah sediakan untuk Mugello. Kami semua tahu bahawa pasukannya akan sentiasa mencari sesuatu untuk memperbaiki prototaip Desmosedici GP mereka. Musim ini mereka telah mengembangkan sayap aerodinamik. Ini kerana Ducati merupakan jentera MotoGP terpantas untuk beberapa musim tetapi musim ini Honda juga amat pantas.

Related Post

Situasi ini menjadikan misi Ducati untuk menang di Mugello lebih sukar. Ducati mungkin akan mempunyai pemetaan yang lebih kuat untuk enjin V4 mereka di GP Itali. Oleh kerana setiap pasukan hanya akan mempunyai tujuh enjin bagi setiap pelumba mereka, mendapat lebih kuasa bermakna kebolehpercayaan mungkin dikompromikan. Ducati akan bersaing dengan Honda pada tahap kuasa yang sama.

Dengan Andrea Dovizioso hanya 8 mata belakang ketua kejohanan Marc Marquez, ia akan menjadi menarik untuk melihat apa yang Ducati telah sediakan untuk Mugello.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah