Categories: Sukan Motor

MotoGP- Marc Marquez memenangi anugerah BMW M Award keenamnya

Marc Marquez semakin dikenali sebagai pelumba terbaik di MotoGP. Dia mampu menakjub semua orang dengan prestasi dan persembahannya pada litar perlumbaan serta diluar.

Pada perlumbaan terakhir musim di Valencia, Marc Marquez menerima kunci bagi kereta barunya, BMW M3 CS.

Kereta tersebut merupakan hadiah untuk menjadi pelumba yang mendapat keputusan kelayakan terbaik sepanjang musim MotoGP. Keputusan ini merupakan satu klasifikasi khas seperti klasifikasi perlumbaan tetapi dengan penunggang menerima mata berdasarkan keputusan mereka.

Related Post

Marc Marquez telah pun menjamin anugerah 2018 BMW M Award di Australian GP tetapi penunggang Respol Honda tersebut terpaksa menunggu hingga hujung minggu lepas untuk menerima kereta barunya, BMW M3 CS. Ini adalah BMW M keenamnya dan penunggang Sepanyol ini adalah pemegang rekod bagi anugerah ini dengan memenanginya sepanjang enam musim berturutan.

Penunggang motoGP yang kedua terbaik untuk anugerah BMW M Award ini adalah Valentino Rossi bersama dengan Casey Stoner dengan 3 kemenangan masing-masing. Manakala rakan sepasukan Marquez, Jorge Lorenzo hanya memenangi anugerah ini dua kali.

Pada usia 20 tahun Marquez telah pun mula mengumpul kereta khas ini yang disediakan oleh bahagian M dari BMW. Kereta pertamanya adalah sebuah M6 Coupe, diikuti oleh M4 Coupe, satu lagi M6 tetapi versi Cabrio, dan M2 Coupe pada musim berikut. Pada 2017, BMW telah menawarkan Marquez dengan sebuah M4 CS yang spektakuler dan musim ini dia telah memecahkan kesemua rekod anugerah BMW M Awards dan mengakhiri musim ini dengan sebuah M3 CS.

Kereta BMW M manakah yang anda ingin dalam garaj anda selain daripada motosikal anda? Beritahu kami dalam ruang komen dibawah!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah