Categories: Berita

Ducati Monster memperkenalkan edisi terhad Anniversario ke-30 dengan hanya 500 unit

DUCATI WORLD PREMIER 2024 BERMULA DENGAN EPISOD PERTAMANYA DAN RAMAI BERPUAS HATI MELIHAT MODEL ULANGTAHUN KE-30 RAKASA TERBARU JENAMA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ducati baru sahaja mempamerkan episod pertama Ducati World Premier 2024 dengan mendedahkan edisi terhad Ducati Monster Anniversario ke-30.

Dengan hanya 500 unit tersedia, Monster 30th Anniversario meraikan ulang tahun ke-30 model Monster sejak ia mula diperkenalkan pada 1993.

Monster akan kekal sebagai model ikonik dalam sejarah Ducati. Model itu bukan sahaja menyelamatkan jenama daripada runtuh tetapi ia kekal sebagai salah satu model paling popular setakat ini.

Ducati Monster 30th Anniversario ini didatangkan dengan kombinasi warna ‘tricolour’ yang menarik. Kita boleh melihat rim berwarna emas menambah sedikit kemodenan pada badan yang anggun. Didatangkan bersamanya ialah fork emas dan monoshock daripada Öhlins.

Related Post

Lebih mengujakan, versi Anniversario turut menampilkan ekzos Termignoni yang sebelum ini hanya terdapat pada varian SP.

Gabungan beberapa komponen gentian karbon menyaksikan Monster 30th Anniversario 4kg lebih ringan daripada model biasa. Ducati Monster ini mempunyai berat hanya 164kg.

Versi Anniversario mengekalkan enjin Testastretta 937ccnya seperti sebelum ini. Ia mampu menjana 111hp pada 9,250rpm dan 93Nm.

Sebagai model edisi terhad, jentera ini pastinya wajib dimiliki oleh semua peminat Ducati.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah